SHAH ALAM: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di negara ini masih lagi sesak setakat jam 5 petang Khamis susulan pergerakan orang ramai sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook rasminya melaporkan, trafik perlahan di sembilan laluan.
Ia membabitkan laluan di Perak iaitu dari Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Bidor, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah ke Gua Tempurung.
Trafik juga perlahan dari Gopeng menuju Simpang Pulai, Ipoh (Utara) ke Changkat Jering dan Alor Pongsu ke Sungai Bakap.
Trafik turut perlahan dari Permatang Pauh ke Bertam di Pulau Pinang dan di Kedah pula, trafik perlahan dari Sungai Petani (Selatan) ke Sungai Petani (Utara) dan Alor Setar (Selatan) ke Alor Setar (Utara).
Sementara itu, PLUS Trafik melaporkan, trafik juga perlahan dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering.
Keadaan sama turut dilaporkan berlaku dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Senawang ke Port Dickson (Utara) di Negeri Sembilan dan dari Simpang Renggam ke Ayer Hitam, Johor.
Sinar Harian terdahulu melaporkan setakat jam 1.30 tengah hari Khamis trafik sesak di 12 laluan di enam negeri.
Ia termasuklah laluan dari Bandar Cassia ke Bandar Baharu, Bukit Tambun ke Bandar Cassia, Bandar Baharu ke Alor Pongsu dan Juru AutoCity ke Plaza Tol Juru di Pulau Pinang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 11 2024
Keadaan kesesakan di Alor Pongsu.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
Risau keadaan trafik untuk balik dari kampung? Pantau secara masa nyata dengan aplikasi ini
Aplikasi ini akan memberikan anda akses kepada kamera-kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan yang anda akan lalui.
Trafik di lebuh raya utama sesak
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, aliran trafik sesak di Pulau Pinang dari Jawi ke Bandar Cassia.
Trafik di lebuh raya utama masih sesak
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di negara ini masih lagi sesak setakat jam 5 petang Khamis susulan pergerakan orang ramai sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini
Setakat 3.30 petang ini, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini
Kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi susulan kemalangan antaranya di KM263.2 PLUS, arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh.
Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini
Trafik sesak dan perlahan arah utara dari Sungai Buloh menuju ke Bukit Beruntung, setakat 9.30 pagi ini
KKR jamin trafik lancar, tiada kerja penurapan dilaksana
Tiada kerja-kerja turapan di laluan seperti LPT dan kawasan-kawasan negeri yang terlibat PRN bermula hari ini hingga Ahad.
PRN: Trafik dijangka meningkat sehingga 1.9 juta kenderaan
Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau lokasi pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini diingatkan merancang perjalanan.
Trafik di lebuh raya utama dari Lembah Klang ke utara, Pantai Timur mulai sesak
Setakat 9.30 pagi, trafik sesak dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Bentong.